Latest Movie :
Recent Movies
Showing posts with label web. Show all posts
Showing posts with label web. Show all posts

BLOG vs WEBSITE

Berikut dinyatakan maksud blog dan website berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya..

Website dan Blog adalah fail-fail dokumen yang disimpan di tempat simpanan syarikat penyedia perkhidmatan hosting. Tempat penyimpanan dikenali sebagai server, sama macam hard disk di komputer kita. Cuma kapasiti penyimpanan dan kecekapannya adalah jauh lebih tinggi berbanding hardisk. Kedua-duanya memaparkan pelbagai elemen seperti text, grafik, bunyi, dan video.


Apa itu Blog?

Blog adalah singkatan kepada kepada Web-Log. Log pada dasarnya bermaksud catatan berfrekuensi tertentu seperti sekali setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan sebagainya. Mengambil dari maksud istilah ini, dapat difahami bahawa blog merupakan web yang mempunyai catatan yang di kemaskini dalam sela masa tertentu. Blog umpama juga diari yang maklumatnya sentiasa di kemaskini untuk menggambarkan keadaan atau situasi semasa yang berlaku.

Rekabentuk blog biasanya ringkas supaya muat naik maklumat pantas. Ia dapat digunakan oleh golongan yang tidak tidak berapa mahir dalam pembinaan web kerana blog sudah siap tersedia dengan template tertentu. pengguna hanya perlu mendaftar dan log masuk untuk meng update maklumat terkini. Aktiviti mengemaskini blog di panggil blogging dan orang yang mengemaskini di panggil blogger.


Apa itu website?

Website terdiri dari 1 atau lebih halaman(page) yang dipaparkan di internet. Kandungan website biasanya statik disebabkan isikandungannya mewakili sesuatu yg jarang berubah. Sebagai contoh maklumat sesuatu syarikat atau maklumat model sesuatu produk tidak berubah.

Website biasanya memerlukan orang yang arif dalam bidang tersebut kerana ia diintegrasikan dengan fungsi penyimpanan data, sistem tertentu seperti menerima bayaran, dan sebagainya. Rekabentuk website pun biasanya lebih 'advance' dan teraktif bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin tonjolkan oleh pemiliknya.

Namun demikian dengan kemajuan dan inovasi perisian masakini, website dan blog sudah semakin susah untuk dibezakan. kita dapat lihat ada website yang dapat berfungsi seperti blog iaitu mudah diupdate begitu juga sebaliknya..

Apa yang dapat difahami bahawa Website dan Blog adalah medium penyebaran maklumat tidak kira untuk perniagaan atau selainnya.

Tutorial : Bagaimana untuk membuka "blocked websites"

Anda mengalami masalah untuk meng'access' websites kegemaran anda seperti facebook, youtube, skype etc di tempat2 tertentu seperti di office, sekolah, universiti dan sebagainya?Jangan bimbang, ada penyelesaiannya!Memperkenalkan..... (macam buat direct selling la palek hehehe) Rilek bro2 & girl2, rilek...Tutorial ini akan memberikan anda jalan keluar kepada masalah ini.Tetapi sebelum itu, anda harus mengetahui bahawasanya (jeng jeng jeng) : Tindakan ente mengubah setting komputer ente adalah menjadi tanggungjawab ente sendiri.Ana tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap ente sekiranya ente dikesan dan dihukum oleh bos @ pensyarah ente kerana melayari laman web yang tidak sepatutnya.DO AT YOUR OWN RISK, OK. ;)

VPN (Virtual Private Network) adalah solution terbaik kepada masalah ini.VPN boleh ditakrifkan sebagai sebuah rangkaian (network) yang "melapisi" rangkaian yang sedia ada.Melalui VPN, data yang bergerak melaluinya secara umumnya tidak akan dapat dikesan atau di "backtrack" oleh rangkaian yang mendasarinya (ISP-Internet Service Provider).VPN connection boleh dibayangkan sebagai sebuah "paip yang berada di dalam paip",dengan paip luar merupakan sambungan/connection asas yang akan membawa data kepada sumber yang seterusnya akan melakukan pemindahan data secara 'secure' di dalam network tersebut.Anda akan menjadi 'anonymous' kerana I.P address anda akan menjadi 'hidden' selepas anda mengaktifkan VPN...Bingung?aku pun,bingung jugak hahaha...ala senang cakap macam ni ja,VPN ni akan melapisi rangkaian/network yang sedia ada di dalam komputer anda untuk menjadikan anda 'hidden' dalam network tersebut dan seterusnya membolehkan anda melayari website dan servis yang anda mahukan...No Virus,no malware,totally safe..telah di terai test diatas platform Windows 7 Ultimate Operating System dan hasilnya memang....mantops!!!hehehe...;)

Namun begitu, kebanyakan VPN servis yang wujud ketika ini adalah merupakan servis berbayar, malah ada yang lebih mahal daripada bayaran bulanan broadband anda!(huhuhu) Walaupun demikian, demi untuk ente pembaca2 ku yang ku chentai sekalian, ana telah bersusah payah tunggang tebalik untuk mencari beberapa sumber VPN PERCUMA yang boleh di download tanpa was2.Berikut adalah beberapa sumber percuma VPN yang boleh anda cuba: (sila klik pada link dan anda akan di'redirect'kan ke download website)

Hotspot Shield

Hotspot Shield protects your entire web surfing session; securing your connection at both your home Internet network & Public Internet networks (both wired and wireless). Hotspot Shield protects your identity by ensuring that all web transactions (shopping, filling out forms, downloads) are secured through HTTPS. Hotspot Shieldalso makes you private online making your identity invisible to third party websites and ISP’s. Unless you choose to sign into a certain site, you will be anonymous for your entire web session with Hotspot Shield
Free VPN
It’s free and no need to register, but has forced URL redirect for ads display.FreeVPN has servers all around the world. If you want advertisements free and higher speed, you can pay for the premium servers.

proXPN

proXPN is a way to secure your internet connection for free. Your privacy and security are protected with their military-grade VPN featuring. It’s free of charge and has no ads.You have to register a user account in their website, and then you can download proXPN with your e-mail address and password.

VPNTool

VPNTool provides L2TP VPN tunnel for Windows 2000 and IPSEC VPN tunnel for Windows XP/Windows 7, both are secure and reliable. You can sign up an account from VPNTool website, download the VPN client and login with the account you have registered.Each account will be valid for one-month, and you can register new ones after expired.
Selamat meng'hacking' network komputer office dan kolej anda!!! ;)

P/S : Tutorial ini hanya bertujuan untuk perkongsian sahaja.Sekali lagi diingatkan, segala tindakan dan proses peng'installation' yang dilakukan oleh pembaca adalah diatas tanggungjawab anda sendiri.Sindri mau ingat haa....Tutorial ini juga adalah untuk menjawab pertanyaan seorang bro tentang bagaimana untuk melakukan muat turun sekiranya P2P services diharamkan di Malaysia.Well bro, this is the answer for your question....Sebarang pertanyaan sila drop di comment box.Selamat menerai ;)

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Multimedia Tutorials - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger